segmen dari HASRUL HASSAN ..jom berkongsi trafik dan tukar link..nong dah anda semua bila lagi..segmen ini akan berakhir pada 24 JUN 2011 pada pukul 12 tengahari..jadi jangan ketinggalan untuk turut serta dalam segmen ini..nak turut serta ke..hah apa lagi klik tuan empunya segmen ini HASRULHASSAN
Catatan Nong@Zubaidah 2
KATAGORI POST
Friday, June 24, 2011
Monday, May 30, 2011
Tadau Kaamatan Pesta Sabah
Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Asal usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Sunday, May 15, 2011
My Hometown
Tamparuli is a small town and a sub-district of Tuaran on the west coast of Sabah, Malaysia. It is populated mainly by native Dusuns, while a sizeable Chinese community runs most of the shops in the town proper. As with many other small towns in Sabah and indeed Malaysia as a whole, the town itself consists of both newer concrete shoplots as well as old wooden ones, which are particularly prone to destruction by fire as evidenced in the destruction of one of the wooden shoplots in recent years.
The most famous landmark in Tamparuli is a long hanging bridge, which is immortalised in the song Jambatan Tamparuli, a popular Kadazandusun song. Another bridge, built for motor traffic, spans the river far below the hanging bridge and is frequently flooded during heavy rain.
Tamparuli is located just off the Kota Kinabalu - Sandakan road, making it a popular stop for a snack or meal for travellers taking this route from the direction of Kota Kinabalu. The town is also a convenient stop en route to the town of Kiulu, a popular whitewater rafting destination for domestic and foreign tourists alike.
Sumber di atas : Wikipedia
Saturday, May 14, 2011
Ke Saloon Sorang-Sorang
Cuaca sekarang ni panas...entah tiba-tiba teringin pula mahu potong rambut...maka selepas ja habis waktu kerja pergilah saya sorang-sorang ke saloon..sampai saja di saloon pilihan, bertanyalah kepada orang saloon servis apa yang dorang ada..facial ada, scrubing kaki & tangan ada, ear candling ada, bla..bla..
Wah...dlm hati(bagus juga buat facial & ear candling)...khe khe khe..inilah pertama kali saya buat ear candling (apakah konon dalam bahasa melayu ear candling ni... 'melilin telinga'...he he he..)..selepas sahaja habis pekerja saloon buat proses ear candling, dia pun bagi tengok hasil..ehhh...banyaknya pula tahi telinga...rasa geli ada, rasa syok tengokpun ada...
Thursday, April 21, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Jeruk Bambangan
JERUK BAMBANGAN adalah makanan kesukaan rakyat Sabah terutama suku kaum kadazandusun. cuba lah ..memang sedap sehingga menjilat jari.........YUMMY.......
Bahan-Bahan :
- 5 biji buah bambangan -buang kulit dan hiris isi buah bambangan
- 4 biji bambangan (biji sahaja)- diparut
- Garam secukup ras
- Isi buah bambangan dihiris
- Campur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
- Isi dalam botol dan tutup ketat. Boleh tahan lama. Diperap dalam beberapa hari dan sudah boleh dimakan...
Monday, April 18, 2011
Hari-Hari Bermonolog
Setiap hari (pagi 6.30 - 7.00 pagi), Isnin hingga Jumaat aku bermonolog........hari-hari...tidak miss...monolog yang sama saja.....tension.."kenapalah slow sangat kereta depan ni....tidak tahukah semua orang mau kejar masa hantar anak pi skul...kejar masa punch card di tempat keja...ehhhh....lajulah bah sikit"...."eh...eh...eh...suka hati saja dia ni kasi berhenti kereta...tidak tahukah dia ada kereta di belakang...kena langgar karang, yang dibelakang juga yang kena marah, kena kasi salah...." sampai anak di belakang keta tanya...."kenapa mama...mama marah siapa?"...he he he....
Sudah 3 bulan lebih monolog yang sama...akhirnya sekarang ni, aku sudah terbiasa dengan keadaan tu..(bukan keadaan monolog tu tapi keadaan yang menyebabkan aku bermonolog)...apa-apa pun semua tu mengajar diri aku ni lebih banyak bersabar & memahami budaya sini...syukurlah nak.......he he he...
Sudah 3 bulan lebih monolog yang sama...akhirnya sekarang ni, aku sudah terbiasa dengan keadaan tu..(bukan keadaan monolog tu tapi keadaan yang menyebabkan aku bermonolog)...apa-apa pun semua tu mengajar diri aku ni lebih banyak bersabar & memahami budaya sini...syukurlah nak.......he he he...
Subscribe to:
Posts (Atom)